Demi Menyelamatkan Diri Daripada Dikejar Anj1ng, Kucing Menahan S4kit Bisa Puluhan Ekor Semut Kerengga

Demi Menyelamatkan Diri Daripada Dikejar Anj1ng, Kucing Menahan S4kit Bisa Puluhan Ekor Semut Kerengga

THAILAND-Seekor kucing terpaksa menahan s4kit bisa puluhan ekor semut kerengga yang dikongsikan oleh Jeab Carlo Depaoli Chitreechao di Facebook baru-baru ini. Berdasarkan perkongsian tersebut, difahamkan pada awalnya kucing itu berdepan situasi bahaya apabila ia dikejar oleh anjing jalanan.

Si oyen itu memanjat sebatang pokok berhampiran bagi mengelakkannya dig!git demi menyelamatkan dirinya daripada anjing itu. Bagaimanapun, usaha kucing comel itu akhirnya menemui jalan mati apabila kali ini ia berdepan pula dengan bah4ya anc4man semut kerengga.

Jeab menemui kucing itu sedang mengiau kes4kitan akibat dig!git serangga berbisa di keseluruhan badannya dan si comel itu juga didakwa tidak dapat membuka matanya. Mungkin dipercayai akibat l3bam dig!git sambil menahan sakit.

Tersentuh hati melihat kejadian itu, Jeab mengangkatnya turun dan membawanya untuk dapatkan rawatan. Difahamkan, anak kucing itu sebenarnya peliharaan milik seseorang. Ia dibuktikan dengan seutas gelang getah berwarna merah jambu yang berada pada lehernya.

1
2