Polis Ini Dilapor Ditemui Semula Di Rumah S4kit Jiwa Setelah 17 Tahun. Hilang Setelah Tragedi Tsunami Aceh 2004

Polis Ini Dilapor Ditemui Semula Di Rumah S4kit Jiwa Setelah 17 Tahun. Hilang Setelah Tragedi Tsunami Aceh 2004

Berita berkenaan seorang anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Brimob Abrip Asep, yang hilang dalam trag3di tsunami Aceh dulu menjadi heboh, lapor Tribun Sumsel. Ini kerana beredar maklumat berkenaan Abrip Asep yang ditemui masih hidup di sebuah rumah sakit jiw4 di Aceh.

https: img.okezone.com content 2021 03 17 337 2379489 hilang-saat-tsunami-aceh-pada-17-tahun-silam-polisi-ini-ditemukan-kembali-yG9Sh4D4wg.jpg

Walaupun keadaan mentalnya tidak lagi seperti dahulu, namun keadaan fizikal Abrip Asep dalam keadaan sihat. Berbekalkan informasi daripada Satbrimob Polisi Sumatera Selatan, ternyata Abrip Asep adalah orang Lampung, Kabupaten Natar, Lampung Selatan.

Seorang ahli keluarganya yang disahkan oleh Tribunsumsel.com telah mengesahkan bahawa dia adalah seorang polis yang pernah bertugas di Aceh pada tahun 2004. Aiptu Nazori, mendedahkan bahawa dia juga hanya mengetahui tentang maklumat ini setelah foto Asep dihantar oleh ahli keluarga dalam group keluarganya.

“Baru petang tadi dia mendapat tahu, dari komunikasi dilakukan ternyata ianya adalah Asep. Saya tidak mempercayainya, 17 tahun tidak ada berita dan kami menyangka bahawa dia sudah meningg4l, tak tahu pula dia masih hidup,” katanya ketika dihubungi.

1
2