‘Ada selebriti dah fed up buat swab test banyak kali’ – Zed Zaidi

Hiburan –

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 terlebih dahulu kepada golongan selebriti.

Menurut Zed, pihaknya banyak menerima aduan daripada artis tentang kekerapan melakukan ujian calitan setiap kali memulakan sesuatu projek baru.

Kata Zed lagi, kerajaan sepatutnya menggunakan pengaruh besar artis untuk menyebarkan pengetahuan serta kebaikan suntikan vaksin Covid-19.

“Kalau kita perhatikan banyak negara luar memanfaatkan dan menggunakan pengaruh golongan selebriti untuk membantu dalam memberitahu kebaikan pengambilan vaksin kepada rakyat mereka.

“Seniman bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi Covid-19 melalui media sosial para selebriti tersebut. Kalau kerajaan tak gunakan pengaruh yang ada pada artis, rugilah,” katanya.

Zed turut memberikan contoh negara Indonesia dimana mereka melantik selebriti sebagai ikon serta individu terawal menerima vaksin untuk meyakinkan rakyat.

1
2