Allah SWT Cukup Memuliakan Jenazah Hamba-Nya Yang Beramal Soleh. SubahanAllah…Wajahnya Tenang, Lembut Dan Berseri,-Skuad Pengurusan J3nazah

Allah SWT Cukup Memuliakan Jenazah Hamba-Nya Yang Beramal Soleh. SubahanAllah…Wajahnya Tenang, Lembut Dan Berseri,-Skuad Pengurusan J3nazah

Kuala Lumpur: “Menitis air mata kami kerana Allah SWT cukup memuliakan jenazah hamba-Nya yang beramal soleh dan mulia seperti arrwh Datuk Ismail Kamus serta pelawak, Abam Bocey.

“Jenazah Datuk Ismail Kamus cukup lembut, mudah diuruskan dan wajahnya tenang seperti sedang tidur. Wajah arrwhAbam Bocey pula kelihatan berseri ketika diwudukkan,” kata Pengasas Skuad Pengurusan J3nazah (SPJ) Malaysia, Muhammad Rafieudin Zainal Rashid.

Menurut beliau, kemuliaan yang dianugerahkan kepada kedua-dua j3nazah itu menginsafkan dirinya dan sukarelawan pertubuhan berkenaan. “Saya menjadi orang terakhir mencium arrwh (Datuk Ismail Kamus) sebelum menutup wajahnya.

“Perasaan sebak sukar digambarkan ketika menutup wajah arrwh. Malah, saya tidak mampu mengikat tali k4fan di bahagian kepala arrwh kerana terlalu sebak. Rakan setugas terpaksa membantu mengikatnya dan perasan ini sangat jarang saya alami setiap kali menguruskan j3nazah,” katanya.

Menurut Muhammad Rafieudin, dia cukup bersyukur diberikan amanah untuk menguruskan j3nazah arrwh Ismail Kamus. Muhammad Rafieudin turut berkongsi pengalamannya menguruskan satu j3nazah digelar ‘pemburu Subuh yang istiqamah’ pada 2017.

“Sepanjang hayatnya, arrwh tidak pernah meninggalkan solat Subuh berjemaah sama ada di masjid atau surau. Wajah arrwh kelihatan sangat tenang dan seperti sedang tidur. Saya difahamkan, arrwh dijemput Ilahi ketika sedang bersiap untuk solat berjemaah di surau berhampiran rumahnya,” katanya.

1
2