Abang R0bohkan Kediaman Adik Kerana Tapak Tanah Pusaka

Abang R0bohkan Kediaman Adik Kerana Tapak Tanah Pusaka

K0nflik keluarga menyebabkan seorang lelaki mengambil tindakan mer0bohkan sebahagian rumah adik perempuannya menggunakan jengkaut bagi mengosongkan kawasan terbabit kerana dibina dalam lot tanah miliknya di Kampung Selinsing, dekat sini, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, menyebabkan suri rumah berusia 40-an bersama lima daripada enam anaknya yang sedang tidur, hanya mampu menangis ketakutan melihat bahagian belakang rumah yang didiami keluarga mereka sejak 20 tahun itu dir0bohkan secara tiba-tiba.

Ketika kejadian, suami m4ngsa yang bertugas di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mempunyai urusan kerja di Sabah, manakala seorang anak lagi tiada di rumah. Usaha lelaki terbabit tinggal berjiran dengan adiknya itu, meroboh bahagian rumah berkenaan dibantu kira-kira 20 rakan yang mengawal keadaan, menyebabkan penduduk kampung yang bersimpati dengan keluarga m4ngsa, hanya mampu memerhati dari jauh.

Mangsa yang enggan namanya dikenali berkata, kejadian berlaku ketika beliau menyediakan sarapan, manakala lima anaknya berusia antara empat hingga 15 tahun sedang tidur. “Secara tiba-tiba, pemandu jengkaut sambil diawasi beberapa lelaki bertindak merobohkan sebahagian rumah saya yang terletak atas lot milik abang sehingga saya takut keadaan keselamatan diri dan anak.

“Saya bergegas mengejutkan semua anak keluar menyelamatkan diri kerana bimbang rumah r0boh akibat tindakan itu dan kami hanya mampu menangis ket4kutan,” katanya ketika ditemui media, semalam. Kejadian itu menyebabkan keluarga berkenaan kini terpaksa tinggal menumpang di rumah ibu saudara mereka di kampung terbabit.

Suri rumah itu berkata, beliau dan suaminya sudah menjangka rumah mereka akan dir0bohkan kerana kedudukan sebahagian binaannya terletak atas lot milik abangnya tetapi tidak menyangka tindakan itu dilakukan kelmarin. “Saya terkejut kerana tindakan abang dilakukan ketika suami tiada di rumah, malah kami sedih dengan dugaan yang terpaksa ditempuh menjelang Ramadan,” katanya.

1
2