Sesiapa Pun Tidak Harus Dil4rang Guna Perkataan Allah, Namun Ada Sempadan – Datuk Seri Abdul Hadi Awang


Sesiapa Pun Tidak Harus Dil4rang Guna Perkataan Allah, Namun Ada Sempadan – Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan sesiapa pun tidak harus dil4rang daripada menggunakan perkataan Allah. Menurut Abdul Hadi, sama ada seseorang itu Muslim, penganut agama lain atau mereka yang tidak percaya kepada tuhan tidak boleh dil4rang menyebutkan perkataan Allah dalam bentuk ucapan atau tulisan.

Beliau juga menjelaskan orang yang berpelajaran tinggi, orang yang paling b0doh, buta huruf, bahkan orang yang paling gil4 dan tidak sium4n serta tidak mempunyai ak4l langsung tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan Allah.

“Jangan sekali-kali mel4rang mereka daripada menyebutkan perkataan Allah,” katanya.

Menulis di Facebooknya, Abdul Hadi menjelaskan memang terdapat agama lain selain Islam yang menggunakan perkataan Allah seperti contohnya masyarakat Arab yang bukan Islam. Namun, katanya, penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama yang percaya kepada Tuhan selain Allah tidak menepati maksud sebenar kalimah berkenaan.

Kalimah Allah | Jangan larang sesiapa pun guna perkataan Allah

Menurut Abdul Hadi maksud Allah dalam bahasa Arab bukan semata-mata Tuhan, tetapi mempunyai lebih luas yang tidak dapat diterjemah secara tepat ke dalam bahasa lain. “Jika penganut setiap agama menyebutkan perkataan Allah mengikut kepercayaan masing-masing akan adanya Allah (Tuhan), itu adalah hak kebebasan beragama,” katanya lagi.

Namun jelas beliau, perlu juga dilihat pada tujuan penggunaannya, bukan sekadar lafaz dan ungkapan semata-mata.
Tegas Abdul Hadi, sekiranya kalimah Allah itu mahu digunakan bertujuan untuk meng3lirukan atau menghin4 penganut Islam, maka harus ada sempadan dan hukumnya.

Kalimah Allah | Penganut Kristian boleh guna untuk tujuan mendidik

Begitupun, kata Abdul Hadi, Islam melarang penganutnya menyentuh sens!tiviti penganut agama lain yang boleh menimbulkan ket3gangan dalam kalangan masyarakat majmuk, selain membawa konsep kebebasan beragama mengikut sempadan tertentu.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kerajaan melakukan kesil4pan dalam mengeluarkan lar4ngan penggunaan kalimah “Allah” kepada orang bukan Islam pada 1986. Justeru mahkamah sama memutuskan seorang wanita Kristian yang berbangsa Melanau berhak menggunakan kalimah “Allah” untuk tujuan keagamaan dan pendidikan.

Sumber: astroawani

Apa kata anda? Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link