Gigi Penghuni N3raka Saja Dah Sebesar Gunung Uhud Namun Tetap H@ngus Dalam N3raka Allah


Gigi Penghuni N3raka Saja Dah Sebesar Gunung Uhud Namun Tetap H@ngus Dalam N3raka Allah

SOALAN :

Betul ke kat akhirat nanti Badan jadi besar Supaya senang dis3ksa Ustaz, mohon pencerahan

JAWAPAN :

Berikut ialah hadis-hadis sahih yang menjelaskan tentang saiz dan ukuran tubuh badan manusia yang menjadi penghuni n3raka. Semoga Allah SWT melindungi dan menyelamatkan diri kita semua daripada s3ksaan api n3raka.

.اللهم إنا نسألك رضاك والجنة، ونعوذ بك من سخطك والنار

SAIZ DAN UKURAN TUBUH BADAN PENGHUNI NERAKA.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

.ما بين منكبي الكافر في النار مسيرة ثلاثة أيام للراكب المسرع

Maksudnya : “Jarak di antara dua hujung bahu orang kafir di dalam n3raka (ialah) SEJAUH PERJALANAN TIGA HARI yang ditempuhi (oleh) penunggang kuda yang pantas lariannya.” – (Hadis SAHIH riwayat Imam al-Bukhari, no. 6551, dan Imam Muslim, no. 2852).

Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa :

هَذَا كُلُّهُ لِكَوْنِهِ أَبْلَغَ فِي إِيلَامِهِ وَكُلُّ هَذَا مَقْدُورٌ لِلَّهِ تَعَالَى يَجِبُ الْإِيمَانِ بِهِ لِإِخْبَارِ الصَّادِقِ بِهِ

Maksudnya : “Ini semua bertujuan supaya menjadikannya lebih maksimum dalam menyeksanya (orang kafir di dalam neraka). Dan ini semua di bawah kekuasaan Allah Ta’ala yang wajib kita beriman dengannya, (dan sebagai peringatan bahawa adanya) berita daripada as-Sodiq (Nabi Muhammad SAW) mengenai perkara ini.” – (Rujukan : Syarah Sahih Muslim, 17:186).

Daripada Zaid bin Arqam r.a (bahawa) :

.إن الرجل من أهل النار ليعظم للنار، حتى يكون الضرس من أضراسه كأحد

Maksudnya : “Sesungguhnya seseorang (manusia) daripada penghuni neraka akan MEMBESAR (ketika masuk) ke dalam neraka, sehingga gigi gerahamnya (penghuni neraka) SEBESAR BUKIT UHUD.” – [Riwayat Imam Ahmad, 32:13. Syu’aib al-Arnaut menyatakan bahawa : “Sanadnya mausul (bersambung) dan statusnya seperti sabda (hadis) Nabi SAW”].

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

.ضِرْسُ الْكَافِرِ، أَوْ نَابُ الْكَافِرِ، مِثْلُ أُحُدٍ وَغِلَظُ جِلْدِهِ مَسِيرَةُ ثَلَاثٍ

Maksudnya : “Gigi geraham atau gigi taring orang kafir (penghuni neraka) seperti BUKIT UHUD, manakala tebal kulitnya pula SEJAUH PERJALANAN TIGA HARI.” – (Hadis SAHIH riwayat Imam Muslim, no. 2851).

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

ضرس الكافر يوم القيامة مثل أحد، وعرض جلده سبعون ذراعاً، وعضده مثل البيضاء، وفخذه مثل ورقان، ومقعده من النار ما بيني وبين الربذة

Maksudnya : “Gigi geraham orang kafir pada hari Qiamat (ialah) seperti bukit Uhud, lebar telinganya (ialah) tujuh puluh hasta, lengannya seperti bukit Baidha, pahanya seperti bukit Waraqan, dan tempat duduknya di neraka (lebarnya seperti) antara (jarak) aku (Rasulullah SAW di Madinah) dengan ar-Rabazah (sebuah lembah di luar Madinah yang jauh daripada orang ramai).” – (Hadis SAHIH riwayat Imam al-Hakim dan Imam Ahmad).

Namun demikian, saiz dan ukuran tubuh badan seperti yang dinyatakan di atas tidak berlaku kepada semua penghuni neraka. Ini kerana ada juga manusia yang Allah SWT masukkan mereka ke dalam neraka dalam bentuk tubuh badan yang sangat kecil.

Imam al-Munawi menukilkan keterangan daripada Imam al-Qurtubi bahawa :

وهذا إنما يكون في حق البعض بدليل حديث إن المتكبرين يحشرون يوم القيامة أمثال الذر في صورة الرجال فيساقون إلى سجن في جهنم يقال له بولس

Maksudnya : “Ini hanya berlaku untuk sebahagian ahli neraka sahaja dengan dalil hadis yang menyatakan bahawa orang-orang yang sombong pada hari Qiamat nanti akan dikumpulkan dalam rupa bentuk manusia yang berukuran sama seperti SEBIJI ZARAH (HABUK). Mereka akan diheret masuk ke dalam penjara di dasar neraka Jahannam yang dipanggil sebagai Bulis.” – (Rujukan : Faidhul Qadir Syarah al-Jami’ as-Soghir, karya Imam al-Munawi, 4:254).

Imam al-Qurtubi juga menyatakan bahawa :

.ولا شك أن الكفار متفاوتون في العقاب كما علم من الكتاب والسنة

Maksudnya : “Tidak ragu-ragu lagi bahawa hukuman (di dalam neraka) untuk orang kafir itu bertingkat-tingkat sepertimana yang diketahui daripada Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah.” – (Rujukan : Faidhul Qadir Syarah al-Jami’ as-Soghir, karya Imam al-Munawi, 4:254).

.واللَّه أعلم بالصواب

AL-FAQIR ILALLAH :

kredit :

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN HAJI ABDUL SUKOR.
Guru,
Sekolah Menengah Agama al-Taqwa (SMAT),
Bukit Beruntung, Hulu Selangor.
(Rabu, 8 Rejab 1438 Hijriyyah / 5 April 2017).
www.syamsulhadisukor.blogspot.com

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link