Suatu Hari Nanti Giliran Kita Pula Untuk Menyusul. ‘Ibu Pergi, Hati Ella Bagai Dir4gut’

Suatu Hari Nanti Giliran Kita Pula Untuk Menyusul. ‘Ibu Pergi, Hati Ella Bagai Dir4gut’

KUALA LUMPUR: Ratu Rock, Ella mengaku pemergian ibu tercinta, Yang Asmah Long, 92, yang menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di kediaman di Telok Gadong, Klang, awal pagi tadi, meninggalkan kesan mendalam. Ella atau nama sebenar, Norzila Aminuddin, 54, berkata, biarpun berat menerima hakikat ratu hatinya sudah tiada lagi, dia reda dengan ketentuan Ilahi.

Ibu Ella Meninggal Dunia Ketika Tidur Sebab Sakit Tua

“Pemergian ibunda memberi kesan menggur!skan. Ibarat hati yang dir4gut dengan kehilangan di suatu ruang, di suatu sudut yang lain, Ella sedang merelakan pemergiannya. Sudah sampai waktunya kami berpisah sementara dan menanti hari pertemuan kekal abadi. Arwah pergi meninggalkan kami. Suatu hari nanti giliran kita pula untuk menyusul. Ella pasrah, syukur dan reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya kepada BH Online.

Biarpun berduk4, penyanyi lagu Sembilu itu bersyukur kerana diberi peluang berbakti kepada arwah ibu. “Ella gembira Allah beri peluang beri khidmat yang terbaik kepada ibu ketika hayatnya… Hargai mereka yang menjaga kita,” katanya. Berita pemergian Allahyarham Yang Asmah disahkan abang ipar Ella, Syahrizal Ismail.

Syahrizal yang juga suami kepada kakak Ella, Jojie memberitahu, ibu mentuanya menghembuskan nafas terakhir dalam tidur akibat sakit tua, kira-kira jam 2.30 pagi. Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perku buran Islam, Seksyen 21, Shah Alam, pada jam 11 pagi. Berita duka itu dikongsi pentadbir akaun Facebook (FB) dan Instagram (IG) penyanyi itu, pagi tadi.

1
2