Satu-Satunya ‘Harta’ yang dibawa Ke Korea Selatan Adalah Kain Kafan Dan Pulang Guna Kain Kafan Sendiri

Satu-Satunya ‘Harta’ yang dibawa Ke Korea Selatan Adalah Kain Kafan Dan Pulang Guna Kain Kafan Sendiri

KOTA KINABALU – Kain kafan yang dibawa dari Tawau adalah satu-satunya ‘harta’ yang dibawa Allahyarham Muhammad Khairul Anas Abd Gapal, 31, sebelum berangkat ke Korea Selatan pada Disember 2019. Menurut adiknya, Mohd Nasrin, 28, mereka terputus hubungan dengan arwah sejak 14 bulan lalu dan hanya mengetahui kem4tiannya melalui rakan arwah yang juga bersama-samanya di Korea Selatan.

“Sebelum dia (arwah) ke Korea, dia memang bawa kain kafannya sendiri dari Tawau. Ketika itu, dia bercakap dengan rakannya, hanya harta yang dibawanya adalah kain kafan sahaja sebelum dia berangkat ke Korea dan rakannya di Korea pun tidak tahu yang dia membawa kain kafannya sendiri,” katanya ketika ditemui ketika menyambut ketib4an jenazah Muhammad Khairul di pekarangan MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Nasrin berkata, rakan arwah di Korea memaklumkan ketika proses mengk4fankan jen4zah, imam di Masjid Seoul meminta mereka menyediakan kain k4fan yang baharu. “Mungkin ada hikmahnya dia membawa kain kafan sendiri dan apabila rakannya periksa beg arwah ada kain kafan di dalamnya. Jadi jen4zahnya dikafankan dengan menggunakan kain kafannya sendiri yang dibawa dari Tawau,” katanya.

Jenazah Muhammad Khairul tiba di pekarangan MASKargo sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Icebox, Tawau melalui jalan darat.

Sementara itu, abang sulung arwah, Ramlee, 40, mereka dimaklumkan berhubung kem4tian adiknya pada 26 Februari lalu oleh rakan-rakannya yang juga rakyat Malaysia yang berada di Korea Selatan. “Di Tawau dia bekerja sebagai mekanik, namun berhijrah ke Korea Selatan tanpa pengetahuan kami dengan hasrat mengumpul wang untuk membuka bengkelnya sendiri di Tawau.

“Menurut rakan-rakannya, arwah di sana bekerja di kebun dan menjual barangan bundle,” katanya. Jenazah Muhammad Khairul tiba di pekarangan MASKargo sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kampung Icebox, Tawau melalui jalan darat. Ramlee berkata, mereka bersyukur kerana proses membawa pulang jen4zah adiknya dipermudahkan dengan bantuan daripada pelbagai pihak termasuk kira-kira 200 peniaga bundle rakyat Malaysia yang berada di Korea Selatan serta badan bukan kerajaan (NGO) di Sabah.

“Memang ada kesuk4ran termasuk dari segi kos kerana kami sekeluarga memang tidak mampu iaitu memerlukan kira-kira RM50,000 untuk pengurusan jen4zah ini. “Kami juga mendapat maklumat jika jenazah dikebumikan di sana, kami perlu membayar RM10,000 setiap tahun selagi m4yat di ku bur di sana.

1
2