“Kami Tidak Meny3sal Walaupun Mereka Membawa Haluan Masing-Masing Mencari Rezeki,”. Pasangan Warga Emas 45 Tahun Hidup Dalam Hutan. Anak-Anak Pula Tak Balik Jenguk

“Kami Tidak Meny3sal Walaupun Mereka Membawa Haluan Masing-Masing Mencari Rezeki,”. Pasangan Warga Emas 45 Tahun Hidup Dalam Hut4n. Anak-Anak Pula Tak Balik J3nguk

” Kami diberikan peluang bekas majikan untuk kekal tinggal di sini setelah estet ditutup.” Itu luahan warga emas yang menghuni dalam hutan lebih 45 tahun di Batang Kali, dan meneruskan kelangsungan hidup meskipun kem!skinan begitu mengh!mpit mereka. Berlindung dalam sebuah rumah us4ng yang hampir menyembah bumi memberi ketenangan Mohd Lazim Ismail, 74 dan isterinya, Fatimah Mat Rani, 64 dalam melayari bahtera kehidupan mereka.

Mohd Lazim yang mesra dipanggil Atok Lazim berkata, biarpun hidup mereka penuh ked4ifan, m!skin dan p3rit namun tidak sekali meny3sal. Katanya, dia dan isterinya bekas pekerja di Estet Goh Tong , Sungai Remuk di Batang Kali kini hilang pekerjaan tetap setelah ladang itu ditutup beberapa tahun lalu.

” Saya bina sendiri rumah usang ini dengan lebihan kayu rumah kongsi yang ditinggalkan majikan dan juga kayu pokok hutan di sini. Untuk mencari sesuap nasi, kami melakukan kerja kampung seperti mencari buluh lemang, pucuk paku dan sayur-sayuran untuk dijual di bandar Batang Kali setiap minggu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, Estet Sungai Remuk, Jalan Genting Highlands di Batang Kali.

Pasangan ini tetap bersyukur dan tenang hidup tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak tinggal di sini. Mereka menggunakan air dari bukit berhampiran dan pelita minyak tanah dan lilin sebagai sumber asas untuk meneruskan kehidupan. Mohd Lazim berkata, untuk membeli keperluan harian seperti beras, minyak , gula dan lauk-pauk, dia perlu berjalan kaki sejauh 20 kilometer ke pekan Batang Kali daripada rumahnya itu.

Katanya, dia bernasib baik apabila kadang-kadang ada jiran dan penduduk Kampung Hulu Rening dan Genting Malik yang sudi menumpangkannya ke bandar. ” Kami juga makan apa yang ada di dapur setiap hari. Ada beras dan telur pun cukup mengalas perut. Tidak perlu nak sesalkan hidup ini. Allah akan beri rezeki sekiranya rajin berusaha.

” Keprihatinan masyarakat setempat yang ambil peduli nasib kami ini amatlah dihargai. Ada yang sudi menghantar bekalan makanan dan menghulurkan wang ihsan setiap masa,” katanya. Mohd Lazim berkata, mereka juga ada menerima sumbangan dan peruntukan RM300 setiap bulan daripada Lembaga Zakat Selangor sejak 2016 lalu dan juga daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Selangor.

Katanya, dia selalu mengingatkan isterinya agar sentiasa bersyukur selalu dan jangan terlalu mengharapkan sumbangan orang bagi meneruskan hidup di dalam hutan itu. Isterinya, Fatimah yang mesra dikenali Nek Timah berkata, kudrat yang ada digunakan untuk membantu suami memasak makanan, mencari buluh lemang dan hasil hutan untuk dijual.

1
2