Pemuda Terharu Ramai Bagi Semangat Selepas Hil4ng Sebelah M4ta Akibat ‘Accid3nt’


Pemuda Terharu Ramai Bagi Semangat Selepas Hil4ng Sebelah Mata Akibat ‘Accid3nt’

Walaupun berhadapan dengan kekurangan diri, ia bukan penghalang buat seorang pemuda yang dikenali sebagai Amie Ali ini untuk menjalani kehidupan seperti insan lain. Menerusi aplikasi TikTok, dia sering memuat naik video hanya memaparkan separuh wajah yang semestinya mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

Namun pemuda yang menetap di Dungun, Terengganu itu pasti mempunyai alasan tersendiri. Ini kerana dia yang mesra disapa Abe itu mengalami kec4catan pada sebelah mata dipercayai selepas terbabit dalam kem4langan. Menerusi sebuah video yang dikongsi, Abe merakam separuh wajah sebelum mendedahkan sepenuhnya dimana turut kelihatan sebelah matanya yang kurang sempurna.

“Kan dah bagitau, mata abe yang tu simpan untuk tengok awak sorang je. Degil lah awak ni. Kan karang Abe tengok orang lain baru tahu,” tulisnya mengusik pengikut TikTok.

Video tersebut meraih 479,000 tontonan selain pelbagai reaksi netizen yang mengambil peluang untuk memberikan kata-kata semangat buat pemuda berkenaan. Rata-rata mendoakan agar Abe tidak berputus asa dan yakin dengan ujian Allah SWT selain memuji dia tetap kelihatan tampan walaupun memiliki kekurangan diri.

Tetap kacak disisiNya

Bersyukur pasti bahagia

Kita semua sama di mata Allah

Difahamkan, dia turut menjalankan bisnes produk yang diberi nama ‘Sambal Lanun’ menerusi platform perniagaan secara atas talian.

Sumber: TikTok @abe.amie.ali

Apa kata anda? Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link