Tanda Dunia Akhir Zaman, Masjid Al Ahmar Dijadikan Kelab Malam


Tanda Dunia Akhir Zaman, Masjid Bersejarah Masjid Al Ahmar Dijadikan Kelab Malam

Sebuah masjid bersejarah di wilayah Palestin telah diubah menjadi sebuah k3lab m4lam. Permohonan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Isra3l yang menukar masjid bersejarah itu menjadi sebuah bar dan dewan perkahwinan telah mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safad.

Masjid jadi kelab malam

Masjid Al Ahmar dibina pada abad ke-13 dan namanya kini ditukar kepada Khan Al Ahmar. Ia mula dicer0boh pel4mpau Y4hudi pada 1948. Masjid terebut juga sudah berulang kali diubah fungsi, bangunan masjid ini pernah menjadi sekolah Y4hudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya Parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.

Zionis tukar masjid jadi kelab malam | Harian Metro

“Masjid Al Ahmar mendapat namanya kerana ia dibina menggunakan batu berwarna merah. Hari ini, masjid itu dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat bagi penduduk Muslim. Masjid ini mempunyai nilai sejarah dan seni bina tersendiri. Ia dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar (1223-1277 Sebelum Masihi),” kata ahli sejarah dan penduduk tempatan, Mustafa Abbas.

Tambahnya, penduduk Islam yang melawat masjid berkenaan sering berdepan s3rangan pendatang Y4hudi. Sementara itu, Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.

Beliau berkata semua dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan telah diserahkan kepada pihak mahkamah. Pihak berkuasa Isr4el secara sistematik menc3r0boh tapak-tapak Islam di wilayah Palestin yang diduduki dengan tujuan untuk mengh4puskan identiti mereka. Beberapa tahun lalu, r3jim Zi0nis dilihat sengaja mencetuskan konfr0ntasi apabila membuka beberapa bar dan pusat hiburan berhampiran Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat Islam.

Sumber:astroawani

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link