Penyiaran Tanah Air Kehilangan Sebutir Permata Yang Cukup Berharga. Pemberita “Lejen” Malaysia Yang Pasti Dikenang

Penyiaran Tanah Air Kehilangan Sebutir Permata Yang Cukup Berharga. Pemberita “Lejen” Malaysia Yang Pasti Dikenang

Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farid Ismeth Emir meningg4l dunia pada Isnin 20 april 2020 di Shah Alam, Selangor. “Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui.”

Farith Ismeth antara pembaca berita yang sangat popular kerana kelunakan suaranya serta kiasan dan perumpamaan yang menjadi signifikan dengan beliau. Farid Ismeth Emir menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 66 tahun. Ia sudah pastinya satu kehilangan besar kepada industri penyiaran tanah air.

Perkembangan karier

Sebelum bekerja sebagai penyampai berita, Farit pernah bekerja dalam industri perhotelan selama 13 tahun, di mana tempat kerja pertamanya ialah di Hotel Jaya Puri pada 1970-an. Pengalamannya yang lama dalam industri perhotelan membolehkan Farit memegang jawatan yang tinggi seperti Penolong Pengurus di Hotel Regent, Kuala Lumpur, dan kemudiannya menjadi Infront Office Manager di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Pada 1987, dalam usianya 33 tahun, Farit telah mengambil keputusan yang berisiko tinggi dengan meninggalkan jawatan selesanya dalam industri perhotelan untuk menceburi bidang “suara komersil”. Farit mendapat dorongan yang kuat daripada individu yang terkenal dalam bidang tersebut iaitu saudara Ali Abdul Rahman dan Patrick Teo yang menyatakan bahawa dia “ada suara”.

1
2