Mengalami Kegu guran Pada September Tahun Lalu Akibat Ker4cunan Makanan Kini, Yatt Hamzah Hamil Lagi Anak Keenam Pada Usia 40 Tahun

Mengalami Kegu guran Pada September Tahun Lalu Akibat Ker4cunan Makanan Kini, Yatt Hamzah Hamil Lagi Anak Keenam Pada Usia 40 Tahun

PETALING JAYA – Berusia 40 tahun dan pernah kegu guran ketika kehamilan kelimanya pada September tahun lalu, bukan penghalang untuk pelakon Yatt Hamzah untuk mengandung lagi buat kali keenam. Sedang hamil lima bulan, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah menerusi Instagram memberitahu bahawa, tidak sabar menantikan kehadiran keluarga baharu yang dijangka lahir Julai depan. “Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil. Alhamdulillah kehamilan keenam pada usia 40 tahun.

Pada usia kandungan 20 minggu (lima bulan), patutnya dah boleh tahu jantina bayi kan? Rasanya bayi perempuan lagi ke atau lelaki. “Apa pun Allah bagi, bonda terima sahaja alhamdulillah. Tak tahulah abahnya,” tulisnya. Menurut Yatt lagi, dia berharap keadaan dirinya terus kuat biarpun kadangkala berasa l3mah dan sering mengalami m4salah s4kit pinggang.

Yatt Hamzah

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan pelakon yang juga usahawan itu dipermudahkan segala urusan sepanjang kehamilan. Sebelum ini, pelakon yang popular menerusi drama Dunia Baru itu mengalami kegu guran pada September tahun lalu akibat ker4cunan makanan.

1
2