Atu Zero rebah selepas solat Isyak, isteri mohon doa dari peminat

Hiburan –

Pelakon dan pelawak, Atu Zero dilaporkan telah dikejarkan ke hospital gara-gara diserang strok haba ketika berada di rumahnya, semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri Atu, Shafeeqa Johari yang memberitahu bahawa Atu rebah secara tiba-tiba selepas menunaikan solat Isyak sebelum dibawa ke sebuah pusat perubatan yang terletak di Shah Alam.

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif difahamkan mengalami strok haba berikutan cuaca yang terlalu panas melanda sesetengah kawasan di Malaysia setelah sehari suntuk menjalani penggambaran sebuah program TV.

“Saya ingatkan dia penat sangat disebabkan sehari suntuk menjalani penggambaran semalam. Selepas solat Isyak, dia terduduk lama sebelum tiba-tiba pitam dan rebah depan saya.

“Saya terus bergegas membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan dia terkena serangan strok haba. Menurut doktor, badannya kekurangan air disebabkan cuaca panas yang melanda sekarang.

“Doktor juga menyatakan strok haba berbahaya dan mampu membuatkan badan lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Malah, Atu pun ada juga mengadu tidak dapat merasa separuh tangannya sebelum ini,” katanya.

Atu juga diminta doktor untuk berehat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum kembali bekerja seperti biasa.

Dalam perkembangan lain, Atu bakal kembali menghangatkan program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) bermula Jumaat ini. Pelawak itu akan bergandingan dengan Fad Bocey dan Fakhrul UNIC dalam kumpulan digelar UNI.

[ad_2]

Source link