Neelofa hadiahkan seterika RM13,000 untuk kakak tersayang

Hiburan –

SELEBRITI terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi bualan netizen selepas menghadiahkan satu set seterika kepada kakaknya, Noor Nabila.

Lebih mengejutkan, carian netizen mengenai harga seterika yang dihadiahkan usahawan itu mencecah RM13,000 seunit.

Pendedahan tersebut dilakukan seorang pengguna dengan memuat naik tangkap layar InstaStory Nabila yang mengucapkan terima kasih kepada adiknya atas pemberian hadiah tersebut.

“Tengok Neelofa bagi kakak dia iron (seterika) ni macam best.

“Gigih google (carian) nak beli juga, sekali tengok harga dia mampu ‘berhuhu je’,”tulisnya.

Entri berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk mempersoalkan ‘kecanggihan’ seterika tersebut yang dikatakan memiliki teknologi terkini selain mengambil kira faktor keselamatan.

“Iron (seterika) ni boleh gerak sendiri ke macam mana? Ada wifi ke?

“Bukan dia guna pun nanti, bibik dia yang guna,” komen netizen.

Pada September lalu, dalam perkongsian menerusi YouTubenya, Nabila memaklumkan akan berpindah ke kediaman baharu.

Pemberian seterika mahal tersebut dipercayai merupakan hadiah daripada Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor kepada Nabila untuk kediaman baharunya nanti.

Sementara itu minggu lalu, bekas pengacara MeleTOP itu turut menjadi bualan netizen apabila dikecam mewarnakan kuku jarinya dengan inai yang kelihatan berwarna hitam sekali gus dilabel berhati hitam.-K! ONLINE

[ad_2]

Source link