Kongsi gambar pakai apron, Da’i Syed buat ramai gadis tak keruan

Hiburan –

Pendakwah muda Da’i Syed memberi bayangan akan mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual biskut atau cookies.

Menerusi lnstagram (IG), Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail memuat naik tiga keping foto yang bertujuan untuk promosi.

“Resipi tidak mempunyai jiwa. Anda, sebagai tukang masak, mesti menghidupkan resipi.

“Bismillah, akan datang tidak lama lagi @asyedap_hq,” tulisnya sebagai kapsyen dalam bahasa Inggeris.

Foto yang dikongsikan itu membuatkan peminat berasa tidak keruan terutamanya dalam kalangan wanita.

Rata-rata terpegun serta jatuh hati selepas melihat ketampanan Syed memakai apron.

Malah, ada segelintirnya tidak sabar untuk membeli dan merasai air tangan jejaka berusia 26 tahun itu.

“@sarahsabree: Pakai apron pun macho. Aku penat la macam ni.

“@_ sitinrumyrh_ : Aku penat la cair.

“@daisyed.ds: Buat cookies pun comel.

“@_ frhnrayuni: Masak pun hensem tak tau nak cakap la.

“@areenaa_ nina: Untung sapa dapat dia ni. Pandai buat cookies.

“@nratkhsbr: Buat biskut pun comel,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Sehingga artikel ini ditulis, entri itu telah mendapat lebih 50,000 tanda suka (liked) dan hampir 1,000 komen.

Terdahulu, Daie Syed menjadi kontroversi kerana didakwa memperdaya beberapa wanita sehingga berlakunya salah laku.



[ad_2]

Source link