Bahana Mak ‘Hantu’ Warna Pink, Anak Pasrah Makan Lauk Perisa Strawberry [VIDEO]

Beritasaatini – Lazimnya warna pink sering dikaitkan dengan perempuan kerana mewakili sikap mereka yang sopan dan lembut. Biasanya seseorang yang meminati warna ini pasti sangat suka mengenakan pakaian bertemakan merah jambu atau menghias rumah dengan peralatan berwarna sama. Namun aneh pula dengan seorang wanita dari Indonesia ini apabila minatnya ditunjukkan dalam versi yang berbeza.

Menerusi beberapa video perkongsian TikTok pemuda bernama Rifaldo, lelaki berkenaan sangat hairan dengan gelagat emaknya yang terlampau suka dengan warna pink sehingga terbawa kepada konsep penyediaan makanan. Jejaka tersebut dilihat membuka periuk dan memperlihatkan butiran nasi yang telah diletakkan pewarna merah jambu.

@rfldo09

Heran keluarga gua demen banget bikin masakan warna pink #fyp #fypシ #fypdong #masakan #warnapink

♬ original sound – IG, @rfldo_ – IG, @rfldo_

Malah si nenek juga turut serta memasak sejenis lauk sayur berserta tauhu yang berwarna sama. Ketika ditanyakan soalan bagaimanakah rasa makanan tersebut kepada wanita itu, dia sempat berseloroh ia seperti makan pasta berperisa buah strawberry.

@rfldo09

Balas @rxxxz_ro rasa pasta stoberi #fyp #fypシ #fypsounds

♬ original sound – IG, @rfldo_ – IG, @rfldo_

Baca juga: Efektif mengobati diabetes melitus dan darah tinggi dengan 3 jus buah

Menjengah ke ruangan komen video yang telah berjaya meraih lebih 800 ribu jumlah tontonan itu, rata-rata netizen sangat terhibur. Ramai yang tidak menyangka minat mendalam wanita tersebut terhadap warna pink sehingga boleh sampai ke tahap begitu sekali.

[VIDEO] Bahana Mak 'Hantu' Warna Pink, Anak Pasrah Makan Lauk Perisa Strawberry 2

[VIDEO] Bahana Mak 'Hantu' Warna Pink, Anak Pasrah Makan Lauk Perisa Strawberry 3

[VIDEO] Bahana Mak 'Hantu' Warna Pink, Anak Pasrah Makan Lauk Perisa Strawberry 4

Sumber: TikTok Rifaldo