Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk memberi sumbangan kepada penduduk kampung di Paloh Hinai

Siapa yang tak mengenali nama Ustaz Ebit Lew, seorang dermawan yang sering turun padang melakukan kerja kebajikan tanpa mengira status, bangsa dan agama. Tak kiralah di ceruk mana pun, pasti adanya kelibat pendakwah ini sekali gus jadi inspirasi ramai pihak. Awal tahun 2021 ini, beliau sekali lagi jadi perhatian ramai susulan membantu penduduk yang terjejas musibah banjir.

Sedih mendengar penduduk kampung Orang Asli 6 hari terputus bekalan makanan…jalan terjejas ada 2 bot kecil saja.
Menerusi posting terbaru di laman sosialnya,

Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk memberi sumbangan kepada penduduk kampung di Paloh Hinai, Pahang yang rata-ratanya daripada Suku Jakun.

Ustaz Ebit Lew

Difahamkan kira-kira 300 Orang Asli di sana telah 6 hari terputus bekalan makanan susulan jalan yang selalu digunakan telah dinaiki air. Justeru, pihaknya telah membawa 500 set makanan siap dan juga yang boleh dimasak kepada komuniti di sana serta menyerahkan uang belanja.

Baca juga: Kisah Menggetarkan Hati Anak Punk jalanan Penuh Tato Jadi Muazin

Berdebar lihat hujan tak berhenti sepanjang hari & air semakin naik…Setiap jalan sudah seperti sungai
Walaupun tersentuh dengan sambutan komuniti Orang Asli tersebut, usahawan berusia 37 tahun ini akui tetap risau apabila sepanjang hari berada di atas bot untuk salurkan bantuan. Memandangkan hujan belum reda dan banyak harta benda yang tenggelam, Ustaz Ebit Lew menyeru masyarakat untuk sama-sama berdoa buat mereka yang terkesan hebat dengan dugaan ini.