Cuma Kerana Tak Masak Nasi, Seorang Anak Bantai Mak Sendiri Sampai Ajal

Cuma kerana mak tak masak nasi, sanggup bantai pakai kayu, Satu-satunya hal yang abadi dan tak akan pernah luput adalah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Apabila sudah meningkat usia, menjadi
kewajipan anak-anak pula untuk mengasihi dan juga menjaga mereka sepenuh hati. Walau bagaimanapun malang bagi seorang ibu dari Indonesia ini
apabila nyawanya melayang di tangan anak kandung sendiri.

Menerusi portal Tribunnews, Syarul Harahalp dipercayai telah memukul ibunya sendiri dengan menggunakan sebatang kayu selepas kecewa apabila
wanita itu tidak masakkan nasi untuknya. Dalam kejadian pada 5 Disember lalu, malangnya si ibu gagal diselamatkan sewaktu dalam perjalanan ke pusat perubatan terdekat.

Cuma Kerana Tak Masak

Padahal mak dah bagitahu, kalau lapar datang je kenduri jiran

Menurut laporan portal wanita tersebut tidak memasak nasi di rumah kerana ada kenduri di rumah jiran dan meminta anaknya untuk makan sahaja di majlis berkenaan. Walau bagaimanapun, suspek yang kecewa dengan jawapan ibunya tergamak mencederakannya.

Baca juga: 5 Tips alami mengurangi Kriput dan garis halus di wajah

Seorang Anak  Bantai Mak Sendiri Sampai Ajal

Selamba tengok mak tersungkur atas lantai, macam tiada perasaan

Sejurus melihat ibunya jatuh tersungkur di atas lantai, lelaki berkenaan dengan selamba keluar dari rumah dan memaklumkan kejadian tersebut kepada jirannya. Penduduk setempat, terus menelefon polis bagi memaklumkan tentang tragedi itu sebelum suspek akhirnya ditangkap pihak berkuasa.

Sc: portal regional